Wednesday, December 30, 2009

Ladang Sawit

Kerja-kerja penyediaan tapak mula diusahakan pada bulan Julai 2009, banyak juga perbelanjaan dikeluarkan kerana kawasan ini berpaya dan berbukit. Anak sawit mula ditanam pada 22/8/2009 (1 Ramadhan 1430). Gara-gara ingin mempunyai ladang sawit maka tanah ini dibeli atas cadangan seorang kawan. Kawasan lain yang ditunjuk tetapi lain pula yang dapat, tiada pengalaman dalam urusan jual beli tanah. Keadaan muka-bumi yang berbukit dan berpaya serta sukar dipercaya diperingkat awal.

Sebahagian kawasan ini telah diterokai oleh ladang bersebelahan. Entah berapa tahun hasil telah dikutip tanpa pengetahuan tuan tanah. Ada kira-kira 40 pokok sawit dalam proses pengambilan semula.

Wednesday, December 16, 2009

Bersama Rakan

Gambar kenangan semasa menghadiri kursus di Telekom Training Centre (TTC), Jln. Semarak (Jln Gurney). K. Lumpur.
Dari kiri: Saudara Idris, Atok, Harudin dan penulis

1980 Zone

1998 Manager FOC

Lebuh raya Timur-Barat

FMCC 2004


Monday, December 14, 2009

Kebun Pisang

Kebun pisang yang mula diusahakan pada bulan February 2009, di suatu tempat yang dikenali sebagai Lot 10, di sekitar Sg. Siput.

13/12/2009 Pokok pisang mula mengeluarkan hasil. Dicelah barisan pokok pisang di tanam pokok buah-buahan saperti rambutan, nangka, durian dan dokong

Wednesday, December 9, 2009

Buah Naga (Dragon Fruit)

Buah Naga (Dragon Fruit) adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Buah naga juga dikenali sebagai pir strawberi, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesis yang ditanam secara komersil ialah Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah). Manakala spesis yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning, Seleniereus megalanthus, kurang popular. Pada mulanya agak keberatan untuk menanamnya diatas tanah yang 100% berpasir, disekeliling pondok di Jln Anggerik, P. Pegoh. Alhamdulillah, dengan sedikit baja (organic) dan air, pokok buah naga ini hidup dan berbuah dalam masa lebih kurang 7 bulan.

Dahan kelihatan kuning disebabkan cuaca panas dan pokok perlukan air serta baja.

Buah naga matang adalah seberat lebih kurang 400 gram dan boleh mencapai sehingga satu kilogram. Isi berwarna merah atau ungu dengan taburan biji-biji berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya seperti isi tembikai dan rasanya seperti buah kiwi (rujukan: Wikipedia).

Ganjil...buah naga berbuah dihujung dahan.

Berbuah pada keratan benih pokok naga

25/12/2009 Kesempatan cuti krismas ini melawat kebun dragon fruit dapati dahan-dahan baru. Agak lama juga dihujong tahun ini pokok tidak berbuah.

Penat juga sepanjang petang ini melakukan kerja pemangkasan (pruining). Anak-anak tunas yang tumbuh dipangkal pokok perlu dibuang.