Friday, March 30, 2012

Komtar Rioh Lagi 2

Komtar rioh lagi minggu ini. Perhimpunan menunjuk perasaan bermula selepas sembayang Jumaat di Masjid Simpang Enam, sebelum mereka beramai berarak menuju ke Komtar, yang menempatkan pejabat KM. Isunya yang di perjuangkan tidak lain ialah 'tanah emas' Bayan Mutiara yang melibatkan tanah tapak masjid, sekolah, balai polis dan pusat komuniti.


Nampaknya sekali lagi mereka yang memerintah terlepas pandang kisah sejarah. Tanah... sesuatu yang sensitif sejak zaman berzaman, dulu hingga sekarang. Warga Palestin berjuang kerana tanah mereka dirampas oleh Yahudi. Tanggal 15 Mei 1948 merupakan detik hitam bagi penduduk asal Palestin, orang arab dan dunia Islam secaa keseluruhan, dimana penubuhan negara haram Israel diatas bumi Palestin diisytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakba'. Begitu juga dibenua India, beribu penganut Islam dan Hindu terkorban merebut tanah tapak Masjid Babri. Di Malaysia banyak kes-kes yang dibicarakan melibat VIP dalam urusan pemilikan tanah. Malahan adik beradik pun tidak mengaku bersaudara kerana merebut tanah pusaka.

ps....dan kisah sejarah perebutan tanah yang paling hampir dengan Komtar ialah sejarah Kg Buah Pala.



Dari Jln Kedah 2 - 18SG

Pagi tadi penghuni Jalan Kedah dikejutkan dengan insiden ngeri. Mayat seorang lelaki berbangsa Cina dipercayai warga asing terkujur di dalam longkang di tepi tangga. Kejadian berlaku kira-kira 7:25 pagi menurut seorang pakcik yang kebetulan hendak menghantar anaknya kesekolah.

Mayat menjunam kedalam longkang

Pegawai penyiasat sedang menjalankan tugas

Ruang tangga yang tiada gerigi

ps: setahun dua dahulu flat ini dihuni oleh warga tempatan pelbagai kaum, nampak okay, tetapi la ni yang ramai nampaknya warga asing. Kepada pihak berkuasa jengok-jengok lah flat ini.

Friday, March 16, 2012

Komtar Rioh Lagi

Petang tadi Komtar bergegar lagi, rioh rendah dengan muzik, lagu, sorakan dan hon kenderaan, yang selalunya tanda sokongan. Kebetulan nasbadar lalu dibawah Komtar kelihatan anggota-anggota Maybank sedang berpiket. Memegang poster dan kain rentang. Apalah agaknya isu yang membuatkan mereka tak berpuas hati sehinggakan mereka keluar beramai-ramai menunjukan perasaan kepada orang awam.


Ps: Teringat beberapa tahun dulu semasa itu syarikat Tiem tempat nasbadar bekerja diteraju individu no 1, kami juga berpiket kerana tempat kami bertugas hendak ditutup, kononnya atas kepentingan perniagaan. Kecewa, berbagai-bagai rayuan ditolak dan akhirnya tempat bertugas di Ipoh ditutup. Maka ujudlah pusat panggilan di Level 58 Komtar. Anggota yang tiada pilihan terpaksa berpindah ke P. Pinang, sebahagian ke Taiping dan K. Lumpur, dan yang menyedihkan ada yang terpaksa berhenti kerja.

Ada yang terpaksa berjauhan dengan suami/isteri dan anak-anak. Kos kehidupan bertambah kerana dapor dah menjadi dua. Wang ringgit yang sepatutnya untuk perbelanjaan keluarga, digunakan untuk membayar rumah sewa, minyak kereta dan tol atau tambang bas untuk menjengok keluarga dihujung minggu. Syukur alhamdulillah, enam tahun telah berlalu, tidak dinafikan masih ianya beroperasi, ribuan anak muda telah menimba pengalaman, pengurusan bertukar ganti, tapi kelihatannya terbantut dan seperti diabaikan.??

Saturday, March 3, 2012

Bersama Rakan 3

Pada 18 Mac 2012 (Ahad) akan berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Manjoi. Semua ahli adalah dikehendaki hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ahli dalam PBTM. Hei... nasbadar ni ahli PBTM ke? bila masa pula dia berkhidmat dalam tentera?

Sebenarnya nasbadar adalah bekas anggota pasukan Rejimen Semboyan Diraja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Skn ke-17 yang berpangkalan di Taiping sejak 7 Mac 1980 hingga tamat berkhidmat pada 6 Mac 1997. Memakai No: 162062 mula menjalani latihan rekrut di Kem 13 Melayu Kluang, Johor.

Bersama rakan-rakan antaranya Kpl Hamzah (3 dari kanan) dan L/Kpl Affandi (2 dari kiri)

Latihan tahunan diadakan setiap tahun selama 2 minggu dan antara kem yang pernah dilawati ialah kem Trendak, kem Majidi, kem Pangkalan TLDM Kuantan, kem komando Port Dickson, Markas Stesen Staff Batu Feringgi, KLT Trengganu dan Taiping. Latihan-latihan yang dihadiri dengan penuh bersemangat, berdisiplin dan dedikasi. Dalam masa yang singkat nasbadar telah pun memakai SSjn.

Selepas siri latihan tahunan terakhir di KLT Taiping yang di sertai, entah mengapa minat dan semangat nasbadar pudar dan terus mengubah haluan pula dengan menumpukan kepada meningkatkan pengajian akademi.

Latihan kawat senjata

Latihan hormat senjata