Sunday, May 13, 2012

Karas 2

Kita lupakan sebentar pasal makan dan politik sementara kita meninjau ke Lot10 yang agak lama penulis tinggalkan. Masih kelihatan sama, beberapa rumah mesra rakyat masih tidak berpenghuni. Sunyi sepi pada waktu malam, "seperti duduk di kampung saya di Serawak" katanya Ating, yang berasal dari Serawak. Beliau yang menyewa disalah sebuah RMR disitu kerana sukakan suasana kesunyian dan dekat dengan tempat kerja. 


Sesuatu yang jelas kelihatan banyak kawasan terbiar telah dibersihkan dan ditanam dengan pokok pisang, buah-buahan, serai dan sebagainya. Sekitar tahun 2009 penulis mengusahakan tanaman pisang. pokok durian, rambutan, nangka dan pokok karas tetapi malangnya disebabkan kesibukan tugas lain menyebabkan kawasan ini terbiar menjadi kebun lalang.     

Kebun pisang tahun 2009


Kebun lalang tahun 2012



Pokok Karas atau nama botaninya Aquilaria Malaccensis Lamk dan tergolong dalam famili Thymelaeaceae, rujuk disini. Pokok Karas boleh mencapai ketinggian 6-20 meter dan terkenal dengan kayunya yang berisi tepu dengan damar. Dikatakan harga kayuan nya mahal dan sangat berguna dalam pembuatan minyak wangi.

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu terhadap daun pokok Karas telah berjaya menghasilkan minuman herbal Teh Karas. Penulis belum lagi berkesemptatan untuk mencuba minuman herbal ini yang dikatakan baik untuk kesihatan.           

Pokok Karas

 
Pokok karas

Berdiri disebelah pokok karas



Sumber rujukan: Wikipedia Bahasa Melayu.


Mee Rebus Nasmir & Old Town

Selepas membeli barangan dapur di Tesco Ipoh kami singgah di Restoran Nasmir untuk segelas teh tarik dan mee rebus. Untuk AFarhan malam ini cuma sekeping roti telor dan katanya dia masih kenyang. Minggu lepas dua keping habis dimakannya. Hwani dan emaknya seperti biasa roti nan dan tandoori.
  
Roti telor dengan kuah ikan & dhal

Roti Nan dan Tandoori

Mee Rebus Nasmir dan teh tarik


Tengah hari Khamis minggu lepas ops support bertemu di Old Town 1st Avenue Penang sebagai menghargai sumbangan anggota yang bertungkus lumus sepanjang tahun. Dalam banyak-banyak menu yang disenaraikan mee rebus juga yang dipesan. Sekali sekala takpa le...
      
Mee Rebus Old Town dan teh


Tuesday, May 1, 2012

Zam Dalam Kenangan 2

Hari ini genap empat bulan kembalinya Zam ke rahmatullah. Marilah sama-sama kita sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah untuknya serta sekalian muslimin dan muslimat mudah-mudahan roh mereka sentiasa dicucuri rahmat keampunan serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, insyaAllah. Al-Fatihah.




Semasa penulis mengemas album nostalgia terjumpa gambar Allahyarham Zam pada dua peristiwa penting iaitu hari pertunangan penulis pada tahun 1977 dan pada hari perkahwinan tahun 1978. Penulis paparkan gambar dibawah untuk tatapan saudara mara. 

Zam berdiri sebelah kiri bersama adiknya Ramli pada hari pertunangan penulis

Zam berjalan dihadapan sebelah kiri pada hari perkahwinan penulis


Tengah hari tadi diadakan kenduri tahlil dirumah Allahyarham di Perlop 1. Ramai juga saudara mara, rakan taulan dan jiran-jiran beliau datang, Turut bersama ialah Ketua Kampung dan ahli-ahli khariah.     

Rumah Zam di Perlop1

Tok Ketua berbual bersama rakan taulan 


Kakak yang sulong (bertudung ungu dan bercermin mata)
  
Hidangan ala kadar

Rakan karib Tajul

psst...hidangan istimewa gulai umbut kelapa...sedap!.