Sunday, July 7, 2013

Salam Ramadhan

Menjelang Bulan Ramadhan yang mulia banyak diadakan kenduri tahlil dan doa selamat, serta aktiviti gotong royong di masjid dan surau. Tidak ketinggalan pagi tadi berlangsungnya gotong royong membersihkan kawasan Surau Al-Ittihadiah Taman Che Wan. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dariNya.

Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga kita semua sihat-sihat, hendaknya ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas dan moga diterima serta diberkati oleh Allah SWT. Amin!

Surau Al-Ittihadiah mendapat atap baru dan ruang solat muslimah yang lebih selesa

Sungut PakTani - Harga Getah Buku RM3

Kemarin penulis singgah dikebun getah yang dah agak lama tidak dilawati, meninjau kot-kot ada buah rambutan. Maklumlah sekarang ni musim buah2an, tetapi hampa kerana pokok rambutan tidak berbuah. Sebaliknya kelihatannya semak samun tumbuh subur di lorong pokok. Pokok getah yang cukup saiz telah dibuka. Terima kasih diucapkan kepada En.Tar kerana usaha beliau membuka pokok getah walaupun dalam keadaan semak samun. Pembersihan harus segera dilakukan. 

Sebelum memulakan pembersihan kebun (bukan tujuan asal) sempat berbual dengan En. Ahmad (bukan nama sebenar), jiran dikebun sebelah yang menoreh bersama adik beliau yang telah bersara. Menurut beliau semasa harga getah buku lebih RM7 s/kg. dapatlah kami bernafas dan hidup selesa sikit. Selama setahun harga getah tinggi dapat juga kami membeli baja untuk pokok-pokok tua ni. Pokok getah tua ni perlu juga dibaja. Sekarang harga tak lebih dari RM3 sekadar cukup untuk sara hidup saja. Penulis lontarkan pertanyaan yang Risda ada beri bantuan baja untuk pokok tua? kami ada memohon tetapi tak dapat, sungut En. Ahmad...    







Monday, July 1, 2013

Sungut PakTani - Pisang dan Bahana Serangan Bakteria?

Penyakit yang menyerang tanaman pisang tiada ubat? Inilah bahana Penyakit Moko Pisang yang menyerang kebun di Kg. Dato Sagor. Dikatakan Penyakit Moko Pisang ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang saintifiknya adalah Ralstonia Solanacearum E. Yabuuchi. Bakteria ini mudah merebak dalam sisa makanan, bahan tanaman, air yang tercemar dan bahan-bahan lain seperti kayu, baja dan tahi ayam.

Bagi petani kecil dalam keadaan harga sawit yang rendah kita mengharapkan pendapatan daripada tanaman pisang untuk menampung sara hidup. Begitulah ketentuanNya, hanya dapat melihat kemusnahan pokok pisang dikebun. Tidak berupaya untuk berbuat apa-apa kecuali menebangnya.

Fenomena dimana pokok pisang kelihatan seakan-akan layu kekurangan air atau melecur panas terik matahari. Penyebaran penyakit melalui tanah dan bakteria ini menyerang akar dan umbisi, yang menyebabkan daun tua menjadi kekuningan, mula layu dan kering langlai. Tanda-tanda kemudiannya kelihatan daun muda bertukar warna menjadi hijau muda dan kadang-kadang keputihan sebelum daunnya menjadi kering. Jantung pisang mengecut dan kering. Pembesaran buah pisang terbantut dan isinya kehitaman jika dipotong.

Daun muda kekuningan dan layu
Buah pisang dipotong kehitaman 
Pisang Abu yang diserang bakteria
Buah kehitaman dan reput
Daun muda kekuningan 
Pembesaran buah terencat
Jantung mengecup dan kekeringan

Psst..takde ke bantuan dari jabatan berkaitan untuk menampung kos seperti yang diberi oleh Risda kepada pekebun kecil getah.