Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri 1432 Hijriah

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Nasbadar mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilFitri 1432 Hijriah Minal 'ain wal faizin" kepada semua Muslimin dan Muslimat walau dimana jua anda berada. Semoga anda dan keluarga sentiasa ceria sepanjang masa teutamanya di musim perayaan ini.

Penulis memohon maaf zahir dan batin seandainya melakukan kesilapan, terkasar bahasa, tersilap bicara yang menyinggung perasaan. Semoga Allah merahmati kita semua.

Terima kasih kepada Amila, Lis, Midah, Miza dan semua warga tingkat 58, Selamat Hari Raya AidilFitri maaf zahir dan batin, semoga anda semua berbahagia menyambut aidilfitri disamping keluarga tersayang.

Saturday, August 20, 2011

Bayaran upah meningkat

Khamis bercuti rehat, membawa kereta ke bengkel untuk servis. Tukar minyak enjin, spark plug, oil filter, dan lain-lain yang perlu. Awal tahun upah untuk servis biasa sekitar RM10 atau RM15, tetapi semalam upah yang dikenakan RM25.



Juga ambil kesempatan membaiki tingkat kereta bahagian belakang, Nama sahaja waja tetapi komponen nya rapuh. Dulu pernah tukar dengan tingkap plastik lebih kurang RM75 siap dipasang. Semalam tukar yang besi kot boleh tahan dan upah pasang saja RM35 dan bagi kita tak tahu ni terpaksalah bayar,.

Tiba dirumah isteri nak buat pengat pisang. Kelapanya ada tapi kukurnya dah berkarat, dah lama tak kukur kelapa. Zaman sekarang semuanya ambil mudah, beli saja yang dah siap diparut. Suatu masa nanti anak-anak nak kukur kelapa pun tak tahu. Terpaksalah juga minta bantuan pembantu kedai untuk parut kelapa. Beberapa bulan lalu upahnya 10 sen saja tetapi hari ini dah naik 30 sen sebiji.

Tuesday, August 16, 2011

Rezeki

Buah naga yang masak ranum menjadi rezeki burung. Paruhnya yang panjang memudahkan nya memakan isi buah naga yang berwarna ungu.


Pisang abu ini pula menjadi rezeki monyet-monyet, walau pun masih muda tapi habis dimakan dan yang tinggal tandan untuk renungan.

Pisang abu muda untuk dibuat kerepek akhirnya menjadi rezeki adik yang berkujung kerumah pada hari raya kedua.

Buah naga yang ini menjadi rezeki kami sekeluarga.

Pokok anggur ditaman dihadapan rumah, belum ada rezeki.




Monday, August 8, 2011

Markisa

Markisa atau Passionfruit dalam bahasa Inggeris. Anak benih dibeli semasa berkunjung ke MAHA 2010, Serdang. Buah markisa biasa berwarna ungu (passiflora edulis) dan juga berwarna kuning (passiflora flavicarva).









Friday, August 5, 2011

Ladang Sawit 3 - Terbiar

Lihat lah ladang sawit yang terbiar. Sawit yang ditanam pada awal bulan puasa kira-kira 2 tahun lepas tidak diurus dengan baik sehingga pokok kekacang menjalar hingga kepucuk pokok sawit.


Ladang di Jalan Kg. Dato Sagor. Seorang kenalan yang kerap singgah, juga bakal menjadi pengusaha sawit, memberi komen pertumbuhan pokok tidak berapa baik. Menurut Saudara Azmi, cara pembajaan perlu di laksana dengan betul dan mengikut jadual. Jika tidak diurus dengan baik pembesaran pokok terbantut dan akan menjejaskan hasil.


Tuesday, August 2, 2011

Ladang Sawit 2 - Dangau

Hari ini 2 Ogos 2011 bersamaan 2 Ramadhan. Lebih setahun blog ini ditinggalkan kerana kesibukan kerja dan ursusan seharian. Minggu lepas pergi ke ladang sawit di Kg. Dato S. terdapat banyak tempua membuat sarang dihujung pelepah pisang. Betapa rajin, sabar, cekal dan tidak jemu-jemu burung tempua terbang berulang alik membawa sehelai rumput, mengayam hingga menjadi sarang yang cantik, berayunan ditiup angin. Manusia sendiri pun belum tentu dapat membuatnya. Wahai anak ku, ambilah iktibar dari kejadian alam untuk mu belajar dan berusaha bersungguh-sunguh untuk menjadi seorang akitek yang berjaya, insyaallah. Ilmu itulah jarum emas yang dicari.


Dangau tempat berteduh di Ladang Sawit di Jalan Kg. Dato S sedang dalam pembinaan.