Thursday, September 15, 2011

16 September 2011

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita semua akan terus hidup dalam keadaan aman dan maamor, disamping kita terus berusaha dan berkerja dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang berterusan.


Tanggal 16 September 1978, adalah peristiwa bersejarah bagi nasbadar iaitu hari perkahwinan antara nasbadar dengan Shimah, yang berlangsung di Kg. Changkat Larang. Syukor kehadrat Ilahi, esok adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-33.





Sunday, September 4, 2011

Ladang Sawit 4 - Sapi ooh sapi

Siang tadi berlaku dua peristiwa di Ladang Sawit. Kerbau atau Sapi yang berkemungkinan tersesat telah terbenam dalam parit. Menurut En. Li telah dua hari kerbau tidak dapat bergerak keluar dari parit yang berselut.

Pickup ini pula terbenam kerana jalan kebun yang lembut. Terima kasih kepada Encik yang baik hati. Setelah selesai mengeluarkan kerbau dari lopak, beliau membantu menarik pickup dengan tractor nya.