Tuesday, February 7, 2012

Bersama Rakan 2

Semasa membelek album-album lama terselit gambar-gambar sekitar tahun 1977/8 yang tersimpan. Elok rasanya dipaparkan dalam blog ini sebagai tatapan saudara mara, kenangan rakan dan taulan. Kelihatan Allahyarham-allahyarham Hj. Cik Li dan Toki Yeop Nenang sedang berunding pada hari pertunangan nasbadar. Kelihatan arwah Toki Ali (terlindung no 3 dari kanan) dan sebelah kanannya arwah Pak Mat Azrai'ai.

Rakan-rakan: Cik Lah (Hj), Suleiman (Hj), dan Talib (Hj)


Bersama rakan-rakan membuka barang hantaran pertunangan, dari kiri: Cik Zakaria, Cik Lah (Hj), Mazlan (Hj), dan Suleiman (Hj)


Semasa akad nikah 1978 diapit oleh saudara Yusof (Ustaz, Hj) dan saudara Malek (Hj)


Monday, February 6, 2012

PISANG ABU

Pisang atau nama botaninya Musa spp., merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Buah pisang sedap dan lazat dimakan dan ianya mudah ditanam. Selain dari pisang emas, kultivar lain yang terdapat di Malaysia adalah seperti....

Pisang Emas

Ladang pisang di Lot 10


Pisang Abu ditanam untuk buah dan daun. Terdapat beberapa jenis Pisang Abu dan yang biasa adalah Pisang Abu Kapas, Pisang Abu Batu dan Pisang Abu Keling. Nama saintifik Pisang Abu Keling ialah Musa Acuminata Colla.

Pisang Abu Kapas

Jantung Pisang Abu sedap dibuat gulai lemak atau direbus dan dicicah dengan sambal belacan pun sedap he.he.he.



Saturday, February 4, 2012

KUIH APAM POLKADOT

Polkadot adalah corak, yang disusun berbaris-baris, kebiasaan saiz dan jarak adalah sama. Corak Polkadot biasa dilihat pada pakaian kanak-kanak, barang permainan dan perabut. Penjelasan yang jelas klik disini....




Add Image

Wednesday, February 1, 2012

ZAM DALAM KENANGAN

Hari ini genap sebulan pulangnya ke rahmatullah adik Mohamad Isa atau nama timangannya Zam. Zam meninggal dunia dalam kemalangan motosikal yang meragut nyawa pada malam tahun baru 2012, semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Ipoh ke rumahnya di Perlop 1, Sungai Siput. Sesungguhnya seluruh keluarga, rakan dan taulan turut merasai kesedihan atas pemergian Allahyarham.

Marilah sama-sama kita mendoakan keampunan Allah SWT dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.


Kehidupan di pendalaman seperti di Perlop 1 (penempatan baru) bukannya senang. Tanah yang dijanjikan untuk perladangan masih tidak nampak penyelesaian. Kalau tak silap penulis telah lebih 4 tahun Allahyarham menetap dipenempatan baru, tiada sumber pendapatan tetap untuk menyara keluarga. Allahyarham seorang yang rajin mecari rezeki. Tanah tanah terbiar diusaha, sepanjang tepi jalan berhampiran penemptan ditanam pokok-pokok pisang Abu. Pokok pisangnya dijaga rapi dan dapat jugalah sedikit rezeki untuk menampung perbelanjaan anak-anak. Dalam keadaan kesusahan raayat ini habis pokok-pokok pisang dijentolakan oleh pihak tertentu, tanpa belas kasihan pokok pisang abu menyembah bumi. "Maaf encik kami menjalankan tugas". Inilah cerita diantara perbualan semasa bertemu dengan penulis dalam suatu majlis kenduri sebelum Allahyarham kembali kepada yang maha esa.

Minatnya dalam IT semenjak Allahyarham Mohamad Isa menjadi anggota tentera.Blog Pisang Abu tinggal kenangan...

Membantu menanam kelapa sawit di Kg. Dato Sagor.