Sunday, June 24, 2012

IPOH Dulu Terang & Sekarang Malap

Kalau kita melepasi tol Jelapang dari jauh kita nampak landmark IPOH diatas Gunong Lang dengan jelas dan bercahaya. Tapi itu dulu, entah berapa lama dulu dan yang pasti 7 January 2012.

IPOH - 7 January 2010

Malam tadi penulis balik dari Mydin Meru Raya, menyusuri lebuh raya. Nampaknya IPOH tidak lagi bercahaya, kelihatan nya malap. Budak sepuluh tahun pun tahu, dulu terang tapi apasal malam ini tak nampak. Dia orang nak jimat letrik kot atau pun letrik kena potong sebab tak bayar kot.

IPOH - 23 Jun 2011@10:30mlm

Psst: negara lain buat kita pun nak buat, tapi bila dah buat tak pulak nak buat selenggaraan. 


Sunday, June 10, 2012

Dangau 2

Kalau ladang yang tidak terurus maka ada makhluk lain yang menguruskan dan terbinalah dangau-dangau yang unik yang kadang-kala tidak dijangka seperti digambarkan. Rumput-rumput, lalang dan pelepah pisang kering disusun menjadi timbunan dan dibawahnya menjadi tempat pelindungan babi hutan atau kerbau pendek dari panas matahari.

Oleh kerana hendak membersihkan semak samun, walau pun kejam tapi terpaksa dangau ini dimusnahkan.  

Sarang Kerbau Pendek
Terpaksa dimusnahkan
Sarang tempua yang unik dihujung ranting pokok dan tidak menjadi halangan malah kelihatan sungguh cantik dibuai angin.

Sarang Tempua
Sarang Tempua

Sunday, June 3, 2012

Selesai Satu Episod

Satu hari berlalu meninggalkan 2 Jun 2012, selesai sudah acara pertunangan anak perempuan nasbadar, Nur Durrah. Acara berlangsung secara sederhana dihadiri keluarga terdekat, sahabat dan jiran-jiran tertangga. Pihak lelaki sampai jam 11:45 pagi dari Segamat, terdiri dari bapa saudara kepada Mohd Syahrir, ibu serta adik beradik. 

Acara didahulukan dengan merisik dan  diikuti dengan acara meminang. Alhamdulillah, perundingan berjalan lancar diantara kedua-dua pihak, seperti biasalah wang hantaran, mas kahwin atau belanja tubuh, tempuh pertunangan ditetapkan. Pihak tuan rumah diwakili abang ipar cikgu Kamaruzaman, bapa saudara En. Osman dan Pak Ngah. Setelah selesai termenterinya pertunangan, Pak Ngah membacakan doa selamat dan semua hadirin disajikan makanan tengah hari alakadar. 

Selesailah satu episod perjalanan hidup sementara dan akan menyusul satu lagi episod yang lain, dengan iziNya. Nasbadar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sanak saudara kedua-dua pihak, sahabat handar dan jiran tertangga kerana kesudian menghadiri majlis pertunangan ini.

Psst... pesanan jagalah pertuturan jangan sembarangan, jangan ikutkan hati yang hitam, insyaAllah selamat.