Sunday, November 6, 2011

Buah Naga 3

Pokok buah naga tahan lasak dan mampu bertahan sekiranya tidak mendapat air yang secukupnya. Spesis pokok kaktus ini mempunyai akar udara yang berfungsi memerangkap wap.


Pokok buah naga tahan lasak serta tahan serangan serangga dan ia tidak memerlukan racun serangga. Walau bagaimana pun penjagaan rapi perlu daripada serang kulat. Serangan kulat boleh mengakibatkan dahan pokok buah naga menjadi reput.


Saturday, October 29, 2011

Selamat Hari Jadi Abah

Sms yang diterima pada awal pagi 24 Oktober 2011 Selamat Hari Jadi Abah dari AFarhan. Alhamdullillah syukor kehadrat Illahi nasbadar masih dipanjangkan umur dan sihat sejahtera.

Terima kasih dari rakan-rakan warga Level 58, Komtar

Thursday, October 27, 2011

Dari Jln Kedah - Titi Papan ke Kapitan

Hari Deepavali 26 Oktober 2011 dan kesempatan ini nasbadar mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan yang berbangsa India, semoga ia membawakan keceriaan, kegembiraan, kesihatan dan rezeki buat anda dan keluarga.

Sempena cuti am semalam nasbadar tidak balik kampong, cadangan untuk melawat ladang anggur Tasik Beris juga tidak kesampaian. Seharian menghabiskan masa melawat sekitar bandar Georgetown. Hampir enam tahun tinggal di Pulau Pinang tetapi banyak tempat-tempat bersejarah belum dilawati.

Pemandangan pada waktu pagi dari rumah Jln Kedah

Masjid Titi Papan

Menara Masjid Kapitan

Masjid Kapitan

Pemandangan pada waktu tengah hari dari Jln Kedah


Sunday, October 16, 2011

Green Backyard di Putrajaya

Sempena majlis Konvokesyen MMU ke-12 pada 11 Okt. 2011 di Cyberjaya, buat pertama kali nasbadar sekeluarga menginap di Putrajaya. Kami berkesempatan melawat beberapa lokasi yang menarik disekitar Putrajaya.

Panorama indah dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali juga sebagai Masjid Besi

Lawatan AFarhan ke Petrosains

Pada 12 Oktober 2011 kesempatan membawa AFarhan melawat Petrosains di KLCC. Petrosains dibina untuk semua golongan rakyat Malaysia, tanpa batasan umur. Bagi pengunjung Petrosains dari luar negara, mereka dapat mempelajari berkenaan dengan Malaysia yang kaya dengan sumber alam dan kegigihan rakyatnya mencari jalan menguruskan sumber secara baik. Penerangan seterusanya klik disini..

Thursday, October 13, 2011

Konvokesyen MMU Ke-12

Pada 11 Oktober 2011 yang lalu, berlangsung Majlis Konvokesyen MMU ke-12, bertempat di Dewan Tun Canselor kampus Cyberjaya. Syukor alhamdulillah pada sessi keempat ini dapat juga nasbadar bersama isteri, Shimah menghadiri hari yang bersejarah itu. Akhirnya berjaya juga Hazwani menamatkan pengajian dan menerima sijil dari YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Canselor MMU. Semoga dengan kehadiran dikonvokesyen ini akan menjadi pendorong untuk anda terus maju dalam pelajaran hingga mencapai kejayaan yang cemerlang.

Ucapan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd. Ali

Hazwani semasa menerima sijil dari Canselor

nasbadar bersama Shimah turut hadir pada hari keempat Konvokesyen MMU ke-12

Persembahan kebudayaan dari Arab Saudi semasa sessi rehat.

Saturday, October 8, 2011

Selamat Hari Jadi AFarhan

Syukur kehadrat Ilahi, hari ini 8hb Oktober 2011, hari ulang tahun kelahiran AFarhan ke-9. Semoga AFarhan sentiasa sihat, bahagia dan maju dalam pelajaran.

Kek cokelat biru berkonsepkan Doremon boleh ditempah dari sini.....


Sunday, October 2, 2011

Buah Naga 2

Penjagaan pokok naga atau pitaya memerlukan banyak masa untuk merumput. Penggunaan racun rumpai tidak digalakan kerana akar pokok naga berada dilapisan atas dan boleh menyebabkan pokok mati. Kalau ada rumput dipangkal pokok terpaksalah dicabut dengan tangan manakala dikawasan lorong bolehlah menggunakan mesin rumput.


Pokok naga yang mempunyai banyak dahan perlu dibuat pangkasan atau cantasan. Dahan yang lama/tua dan tidak lagi produktif dipotong dan ia perlu dilaku dengan berhati-hati. Pokok naga yang terlampau rimbun boleh menyebabkan pokok tidak seimbang dan tumbang. Penerangan lanjut boleh dirujuk disini..

Kalau tidak cukup kawasan pokok naga boleh ditanam didalam pasu dan boleh diubah sekiranya kawasan tersebut hendak digunakan untuk aktiviti lain.