Sunday, April 29, 2012

Padang Brown Mee Rebus & Celop-celo

Kemarin pergi melawat Mdm LCTai yang menjalani pembedahan untuk memasang "pace maker" bagi menstabilkan denyutan jantung beliau. Minggu lepas tiga kali beliau pengsan ditempat kerja. Pembedahan selamat dijalankan dan setibanya kami di GMC kelihatannya beliau sedang mengambil makanan ringan. Menurut beliau, analisa menunjukan denyutan jantungnya menjadi semakin lemah dan terhenti beberapa saat, katanya "serupa orang m*** hidup balik ohh..".     

Gleneagles Penang

Photo hiasan: makan-makan diDome

Kami beredar dari GMC dan singgah di Padang Brown atau Padang Dato Keramat. Pernah diberitahu oleh rakan terdapat mee rebus yang sedap disini. Hari ini sampailah hajat untuk merasa keenakan mee rebus Padang Brown.  

Mee rebus dan teh tarik

Celop-celo juga ada disini, penuh satu meja

psst...kalau makan celop-celo tu kena hati-hati ye...kalau tidak nanti over budget pulak.  

Monday, April 23, 2012

Markisa 2

Pokok Markisa juga dikenali dengan nama buah susu atau passion fruit merupakan pokok yang menyalar untuk mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa masam-manis, biasanya dimakan mentah begitu saja atau dibuat jus minuman. 

Buah markisa yang ditanam ini berwarna ungu (Passiflora edulis sim) manakala yang satu lagi kulitnya berwarna kuning (Passiflora edulis f. flvicarpa) sesuai untuk penghasilan jusPulpa markisa boleh dibuat jem, agar-agar, campuran perasa untuk yoghurt an aiskrim. Jus markisa kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin dan ribiflavin. Kegunaan lain boleh rujuk di-sini dan  juga disini.


Bunga markisa cantik berwarna ungu





MRumaizi sedang berehat (30/4/12) 

psst...kata orang lama buah markisa bagus untuk mereka yang mengidap penyakit kencing tak lawas. Kita berusaha dan mencuba insyaAllah dengan izinNya ia menjadi. 


Sunday, April 15, 2012

TM Goes Green

Disepanjang jalan dari Sg. Siput menuju Perkampungan Temin, Trosor dan Dato Sagor nampaknya bendera UMNO dan BN berkibar megah, terpacak diatas tiang-tiang TM. Tetapi yang mencuri perhatian penulis ialah rimbunan hijau yang hidup subur diatas tiang.

Teringat penulis akan kempen alam sekitar TM Goes Green BumiKu pada tahun 2010 oleh TM. Kempen yang diberi nama "BumiKu Green Week", menganjurkan berbagai aktiviti diadakan sepanjang minggu dan berakhir dengan penanaman 105 pokok disekitar pejabat TM seluruh negara. Pengerusi TM Dato Dr Halim Shafie juga mengistiharkan hari Jumaat adalah "Green Day" untuk TM.

Tiang TM di Bandaraya Georgetown

Psst...mungkin agaknya penyelenggaraan diluar bandar kurang diberi perhatian tetapi dekat dengan pejabat TM pun tak kan terlepas pandang kot...

Friday, April 13, 2012

AEON Jusco Station 18

Aeon Jusco Station 18 Pengkalan Pegoh Ipoh telah dibuka secara resmi pada 29 March 2012. Pusat membeli belah Aeon Jusco ini telah dinobatkan antara yang terbesar di Utara Semenanjung Malaysia berbanding Jusco P. Pinang dan Kinta City Ipoh.




Psst..dihadapan Jusco dan Tesco ini ialah RPT Pengkalan Pegoh dan kalau dulunya AJK tidak memikirkan akan nasib anak-anak kampung yang tidak mempunyai tanah dan rumah kemungkinan RPT ini pun lenyap seperti yang dialami ahli-ahli Seri Connolly.

Thursday, April 12, 2012

Pokok Durian

Durian ialah buah tropikal, spesis beberapa tumbuhan dalam genus Durio yang menghasilkan buah beraroma kuat. Terdapat 30 spesis Durio yang diiktiraf dan diantaranya sekurang-kurang sembilan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Merujuk kepada ms.wikipedia, nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Spesis-spesis lain yang boleh dimakan adalah Durio ketejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis.

Durian yang biasa kita sebut ialah durian kampong, durian kahwin atau durian klon. Pada masa kini terdapat banyak klon durian yang diberi nama bermula huruf "D", seperti D24, D99, D158 dan D159. Sejumlah 199 klon telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian sejak 1934.


Klon D197 atau nama biasanya Raja Kunyit @ Musang King.


Dahulu ada juga dusun tetapi telah dijual kerana sebab-sebab tertentu, namun keinginan untuk memiliki dusun buah-buahan sendiri masih ada. Ketika ini agak sukar untuk memiliki dusun walaupun ada tawaran dari rakan-rakan untuk menjual tetapi harganya sangat tinggi. Jadi buat sementara ni kita tanam je dicelah-celah pokok sawit.

Psst.. entah berapa tahun lagi le nak merasa buahnya, takpe... janji kita berusaha, tabur baja, cukup air (hujan), insyaAllah.

Sunday, April 8, 2012

Kekabu Tebing Sg Plus

Pokok Kekabu atau nama botaninya Ceiba Pentandra, dan ianya tergolong dalam famili Bombacaceae. Pokok kekabu berwarna malar hijau, memiliki batang kelabu pucat berduri, daun yang jarang dan dahan yang bertingkat serta mendatar. Suatu masa dahulu pokok kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang amat dihargai. Buahnya berbentuk kekapas merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting. Kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal dan tilam yang diisi kekabu boleh bertahan sehingga 20 tahun, cara penjagaan...klik disini.

Oleh kerana pokoknya berduri dan tinggi menyebabkan buah kekabu sukar hendak diambil. Ini menjadi masaalah kepada kekurangan kekabu dipasaran dan harganya mahal.

Pemadangan dari atas jambatan Sg. Plus Kg Trosor


Saturday, April 7, 2012

Ladang Sawit 5 - Meraih Hasil

Hujung minggu ini kita lupakan sebentar hiruk pikuk Pulau Mutiara dan kita pergi jauh keperkampongan Dato Sagor meninjau pokok-pokok sawit yang ditanam kira-kira 3 tahun lepas. Semasa mula menjadi pekebun tiada langsung pengetahuan tentang sawit. Selain tunjuk ajar dari rakan-rakan, banyak juga maklumat tentang sawit diperolehi dari majalah Info Pertanian.

Ada rakan yang komen, "pokok-pokok sawit hang ni kurang baja le...", tidak dinafikan memang sebenarnya kurang baja dan penjagaan. Dulu bila orang kata perkerjaan diladang sawit ni berat, kita tidak percaya, tapi bila kita alami sendiri baru kita tahu...penat yop. Nak upah orang membaja, meracun atau menebas tidak berbaloi, jadi terpaksa le buat sendiri setakat yang boleh. Alhamdulillah hasilnya tidak juga mengecewakan.

MRumaizi sedang mengumpul sawit yang telah dipotong.

Buah sawit berwarna hijau. Spesis apa ye?