Showing posts with label Orchard. Show all posts
Showing posts with label Orchard. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Markisa 2

Pokok Markisa juga dikenali dengan nama buah susu atau passion fruit merupakan pokok yang menyalar untuk mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa masam-manis, biasanya dimakan mentah begitu saja atau dibuat jus minuman. 

Buah markisa yang ditanam ini berwarna ungu (Passiflora edulis sim) manakala yang satu lagi kulitnya berwarna kuning (Passiflora edulis f. flvicarpa) sesuai untuk penghasilan jusPulpa markisa boleh dibuat jem, agar-agar, campuran perasa untuk yoghurt an aiskrim. Jus markisa kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin dan ribiflavin. Kegunaan lain boleh rujuk di-sini dan  juga disini.


Bunga markisa cantik berwarna ungu





MRumaizi sedang berehat (30/4/12) 

psst...kata orang lama buah markisa bagus untuk mereka yang mengidap penyakit kencing tak lawas. Kita berusaha dan mencuba insyaAllah dengan izinNya ia menjadi. 


Thursday, April 12, 2012

Pokok Durian

Durian ialah buah tropikal, spesis beberapa tumbuhan dalam genus Durio yang menghasilkan buah beraroma kuat. Terdapat 30 spesis Durio yang diiktiraf dan diantaranya sekurang-kurang sembilan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Merujuk kepada ms.wikipedia, nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Spesis-spesis lain yang boleh dimakan adalah Durio ketejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis.

Durian yang biasa kita sebut ialah durian kampong, durian kahwin atau durian klon. Pada masa kini terdapat banyak klon durian yang diberi nama bermula huruf "D", seperti D24, D99, D158 dan D159. Sejumlah 199 klon telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian sejak 1934.


Klon D197 atau nama biasanya Raja Kunyit @ Musang King.


Dahulu ada juga dusun tetapi telah dijual kerana sebab-sebab tertentu, namun keinginan untuk memiliki dusun buah-buahan sendiri masih ada. Ketika ini agak sukar untuk memiliki dusun walaupun ada tawaran dari rakan-rakan untuk menjual tetapi harganya sangat tinggi. Jadi buat sementara ni kita tanam je dicelah-celah pokok sawit.

Psst.. entah berapa tahun lagi le nak merasa buahnya, takpe... janji kita berusaha, tabur baja, cukup air (hujan), insyaAllah.

Saturday, April 7, 2012

Ladang Sawit 5 - Meraih Hasil

Hujung minggu ini kita lupakan sebentar hiruk pikuk Pulau Mutiara dan kita pergi jauh keperkampongan Dato Sagor meninjau pokok-pokok sawit yang ditanam kira-kira 3 tahun lepas. Semasa mula menjadi pekebun tiada langsung pengetahuan tentang sawit. Selain tunjuk ajar dari rakan-rakan, banyak juga maklumat tentang sawit diperolehi dari majalah Info Pertanian.

Ada rakan yang komen, "pokok-pokok sawit hang ni kurang baja le...", tidak dinafikan memang sebenarnya kurang baja dan penjagaan. Dulu bila orang kata perkerjaan diladang sawit ni berat, kita tidak percaya, tapi bila kita alami sendiri baru kita tahu...penat yop. Nak upah orang membaja, meracun atau menebas tidak berbaloi, jadi terpaksa le buat sendiri setakat yang boleh. Alhamdulillah hasilnya tidak juga mengecewakan.

MRumaizi sedang mengumpul sawit yang telah dipotong.

Buah sawit berwarna hijau. Spesis apa ye?


Monday, February 6, 2012

PISANG ABU

Pisang atau nama botaninya Musa spp., merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Buah pisang sedap dan lazat dimakan dan ianya mudah ditanam. Selain dari pisang emas, kultivar lain yang terdapat di Malaysia adalah seperti....

Pisang Emas

Ladang pisang di Lot 10


Pisang Abu ditanam untuk buah dan daun. Terdapat beberapa jenis Pisang Abu dan yang biasa adalah Pisang Abu Kapas, Pisang Abu Batu dan Pisang Abu Keling. Nama saintifik Pisang Abu Keling ialah Musa Acuminata Colla.

Pisang Abu Kapas

Jantung Pisang Abu sedap dibuat gulai lemak atau direbus dan dicicah dengan sambal belacan pun sedap he.he.he.



Sunday, November 6, 2011

Buah Naga 3

Pokok buah naga tahan lasak dan mampu bertahan sekiranya tidak mendapat air yang secukupnya. Spesis pokok kaktus ini mempunyai akar udara yang berfungsi memerangkap wap.


Pokok buah naga tahan lasak serta tahan serangan serangga dan ia tidak memerlukan racun serangga. Walau bagaimana pun penjagaan rapi perlu daripada serang kulat. Serangan kulat boleh mengakibatkan dahan pokok buah naga menjadi reput.


Sunday, October 2, 2011

Buah Naga 2

Penjagaan pokok naga atau pitaya memerlukan banyak masa untuk merumput. Penggunaan racun rumpai tidak digalakan kerana akar pokok naga berada dilapisan atas dan boleh menyebabkan pokok mati. Kalau ada rumput dipangkal pokok terpaksalah dicabut dengan tangan manakala dikawasan lorong bolehlah menggunakan mesin rumput.


Pokok naga yang mempunyai banyak dahan perlu dibuat pangkasan atau cantasan. Dahan yang lama/tua dan tidak lagi produktif dipotong dan ia perlu dilaku dengan berhati-hati. Pokok naga yang terlampau rimbun boleh menyebabkan pokok tidak seimbang dan tumbang. Penerangan lanjut boleh dirujuk disini..

Kalau tidak cukup kawasan pokok naga boleh ditanam didalam pasu dan boleh diubah sekiranya kawasan tersebut hendak digunakan untuk aktiviti lain.




Tuesday, August 16, 2011

Rezeki

Buah naga yang masak ranum menjadi rezeki burung. Paruhnya yang panjang memudahkan nya memakan isi buah naga yang berwarna ungu.


Pisang abu ini pula menjadi rezeki monyet-monyet, walau pun masih muda tapi habis dimakan dan yang tinggal tandan untuk renungan.

Pisang abu muda untuk dibuat kerepek akhirnya menjadi rezeki adik yang berkujung kerumah pada hari raya kedua.

Buah naga yang ini menjadi rezeki kami sekeluarga.

Pokok anggur ditaman dihadapan rumah, belum ada rezeki.