Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013 dari nasbadar. Minta maaf le semenjak beberpa bulan ni tidak update kerana kesibukan tugasan harian serta urusan-urusan penting yang dihadapi diri dan keluarga. InsyaAllah akan cuba untuk update blog ini serajin yang mungkin. Beberapa minit lagi genaplah setahun pemergian adik, Mohd Isa @ Zam akibat kemalanggan jalan raya diawal pagi tahun baru 2012, mangsa lumba haram yang tak kesudahan.

Tanggal 15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434 (Maal Hijrah) telah kembali kerahmatullah emak tersayang, Hajjah Saadiah Bt. Buyong Nordin. Emak meninggal dunia kerana sakit tua dalam usia 80 tahun (03 November 1932). Semoga keduanya mendapat keredhaan Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Yang amat mengejutkan keluarga adalah musibah yang menimpa anak Md Rumaizi yang disahkan oleh doctor mengidap penyakit buah pinggang. Dalam beberapa minggu ini terpaksa berulang-alik ke HRPB untuk rawatan dan dialysis. Untuk hari-hari yang mendatang mohon kehadrat Allah Subhannahuta'ala moga kami sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah.  

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Kemerdekaan


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat semua. Siang tadi kita hidup aman, esok, lusa dan seterusnya tidak pasti damai. Ingatlah wahai anak bangsa, negara yang aman makmur yang telah dibina sejak 55 tahun jangan dibiarkan musnah oleh segelintir manusia yang kecewa, dendam yang membara dan penghianat bangsa yang dihasut olih anasir-anasir jahat yang ingin menguasai bumi bertuah ini.  


bendera malaysia gif Pictures, Images and Photos

Ya Allah, kami mohon pertolongan Mu, 
Selamatkan Malaysia!



Kepada yang masih memiliki kuasa yang sedang hanyut mengemudi kapal-kapal dilautan biru, diingatkan jangan lupa daratan. Adakah semua pelusuk daratan  telah jelajahi, betul-betul bertanya kabar atau hanya retorik saja. Adakah semua janji-janji anda telah anda ditepati?



psst: tidak mustahil pisang berbuah dua kali...dengan kehendakNya

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Nasbadar dan Isteri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada emak saya Saadiah Nordin @Nik@Munah, seluruh kaum keluarga, kepada semua umat Islam Malaysia dan pengunjung blog ini khasnya.

.........MAAF ZAHIR BATIN...




Kuah Kacang dah siap dimasak

Kampit Ketupat Nasi sedang direbus

Ketupat Nasi hampir masak
Ketupat Nasi sedang di tos, tunggu sejuk dan
 siap untuk dimakan


Friday, July 27, 2012

BERBUKA PUASA ATAS JAMBATAN

Setiap petang Jumaat, seperti minggu-minggu yang lepas penulis berangkat ke selatan. Hari ini sekali lagi penulis terperangkap dalam kesesakan di Jambatan Pulai Pinang. Dari Lebuhraya Jelutong untuk sampai ke R&R Juru hampir dua jam, ingatkan sempat sampai ke Juru untuk berbuka puasa tetapi jangkaan meleset dan terpaksa berbuka sekali lagi diatas Jambatan Pulau Pinang. Entah kali keberapa semenjak 2006 penulis berulang alik dari P. Pinang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Dulu Jambatan P. Pinang cuma ada dua lorong tetapi sekarang dah ada tiga lorong, ingatkan dah 3 lorong masaalah selesai tetapi tidak, sama macam dulu jugak. Minggu depan siap-sedia le dengan kueh dan minuman dalam kereta untuk berbuka puasa diatas Jambatan Pulau Pinang sementara sampai ke R&R.
   

Saturday, July 7, 2012

PATONGKO

Patongko atau patongkoh dikenali di Thailand dan penulis lebih mengenalinya sebagai kueh Cakoi, doh yang panjang, berwarna keemasan apabila siap dimasak. Patongko digoreng menggunakan banyak minyak dan kebiasaan ianya dimakan ketika sarapan bersama bubur kanji atau dicicah saja dengan kopi o.    
  
Kueh Patongko atau Cakoi

Sekira anda melalui Jalan Hutton, dihadapan Hutton Lodge pastinya anda menemui gerai Patongko. Kebetulan penulis bercuti hari ini, selepas solat Jumaat tadi singgah digerai tersebut. Menurut Encik Abd. Latiff, biasanya gerai beliau dibuka sehingga pukul 4:00 petang pada hari biasa, dilanjutkan sehingga jam 6:00 petang pada hari Sabtu. Gerai beliau akan ditutup dalam bulan Ramadhan ni. 

Gerai Jalan Hutton

Menurut beliau perniagaan generasi ini diwarisi dari bapanya. Gerai patongko ini dimulakan oleh datuknya. Dulu katanya ramai orang dikawasan ini. Dihadapan gerainya dulu adalah flat yang penghuninya lebih kurang 400 orang. Sekarang flat ini telah diubahsuai oleh majlis menjadi tempat letak kereta.  

En. Abd Latiff dengan adunan Patongko

Patongko dengan seri kaya
Sedap dimakan dengan seri kaya


Monday, July 2, 2012

IPOH - Kembali Terang

Minggu lepas penulis bangkitkan kesah IPOH yang malap. Kemarin dalam perjalanan balik dari Penang dari jauh kelihatan IPOH dengan terang dan jelas. Baguslah, bagi penulis sungguh pun benda ni remeh, tapi ia patut diberi perhatian. 

IPOH - 1 July @ 11:41pm
IPOH - 1 July @ 11:41pm
IPOH - 1 July @ 11:43pm

Psst: Image kita tu beb... patut le dijaga dengan baik...   



Sunday, June 24, 2012

IPOH Dulu Terang & Sekarang Malap

Kalau kita melepasi tol Jelapang dari jauh kita nampak landmark IPOH diatas Gunong Lang dengan jelas dan bercahaya. Tapi itu dulu, entah berapa lama dulu dan yang pasti 7 January 2012.

IPOH - 7 January 2010

Malam tadi penulis balik dari Mydin Meru Raya, menyusuri lebuh raya. Nampaknya IPOH tidak lagi bercahaya, kelihatan nya malap. Budak sepuluh tahun pun tahu, dulu terang tapi apasal malam ini tak nampak. Dia orang nak jimat letrik kot atau pun letrik kena potong sebab tak bayar kot.

IPOH - 23 Jun 2011@10:30mlm

Psst: negara lain buat kita pun nak buat, tapi bila dah buat tak pulak nak buat selenggaraan. 


Sunday, June 10, 2012

Dangau 2

Kalau ladang yang tidak terurus maka ada makhluk lain yang menguruskan dan terbinalah dangau-dangau yang unik yang kadang-kala tidak dijangka seperti digambarkan. Rumput-rumput, lalang dan pelepah pisang kering disusun menjadi timbunan dan dibawahnya menjadi tempat pelindungan babi hutan atau kerbau pendek dari panas matahari.

Oleh kerana hendak membersihkan semak samun, walau pun kejam tapi terpaksa dangau ini dimusnahkan.  

Sarang Kerbau Pendek
Terpaksa dimusnahkan
Sarang tempua yang unik dihujung ranting pokok dan tidak menjadi halangan malah kelihatan sungguh cantik dibuai angin.

Sarang Tempua
Sarang Tempua

Sunday, June 3, 2012

Selesai Satu Episod

Satu hari berlalu meninggalkan 2 Jun 2012, selesai sudah acara pertunangan anak perempuan nasbadar, Nur Durrah. Acara berlangsung secara sederhana dihadiri keluarga terdekat, sahabat dan jiran-jiran tertangga. Pihak lelaki sampai jam 11:45 pagi dari Segamat, terdiri dari bapa saudara kepada Mohd Syahrir, ibu serta adik beradik. 

Acara didahulukan dengan merisik dan  diikuti dengan acara meminang. Alhamdulillah, perundingan berjalan lancar diantara kedua-dua pihak, seperti biasalah wang hantaran, mas kahwin atau belanja tubuh, tempuh pertunangan ditetapkan. Pihak tuan rumah diwakili abang ipar cikgu Kamaruzaman, bapa saudara En. Osman dan Pak Ngah. Setelah selesai termenterinya pertunangan, Pak Ngah membacakan doa selamat dan semua hadirin disajikan makanan tengah hari alakadar. 

Selesailah satu episod perjalanan hidup sementara dan akan menyusul satu lagi episod yang lain, dengan iziNya. Nasbadar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sanak saudara kedua-dua pihak, sahabat handar dan jiran tertangga kerana kesudian menghadiri majlis pertunangan ini.

Psst... pesanan jagalah pertuturan jangan sembarangan, jangan ikutkan hati yang hitam, insyaAllah selamat.      

Sunday, May 13, 2012

Karas 2

Kita lupakan sebentar pasal makan dan politik sementara kita meninjau ke Lot10 yang agak lama penulis tinggalkan. Masih kelihatan sama, beberapa rumah mesra rakyat masih tidak berpenghuni. Sunyi sepi pada waktu malam, "seperti duduk di kampung saya di Serawak" katanya Ating, yang berasal dari Serawak. Beliau yang menyewa disalah sebuah RMR disitu kerana sukakan suasana kesunyian dan dekat dengan tempat kerja. 


Sesuatu yang jelas kelihatan banyak kawasan terbiar telah dibersihkan dan ditanam dengan pokok pisang, buah-buahan, serai dan sebagainya. Sekitar tahun 2009 penulis mengusahakan tanaman pisang. pokok durian, rambutan, nangka dan pokok karas tetapi malangnya disebabkan kesibukan tugas lain menyebabkan kawasan ini terbiar menjadi kebun lalang.     

Kebun pisang tahun 2009


Kebun lalang tahun 2012



Pokok Karas atau nama botaninya Aquilaria Malaccensis Lamk dan tergolong dalam famili Thymelaeaceae, rujuk disini. Pokok Karas boleh mencapai ketinggian 6-20 meter dan terkenal dengan kayunya yang berisi tepu dengan damar. Dikatakan harga kayuan nya mahal dan sangat berguna dalam pembuatan minyak wangi.

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu terhadap daun pokok Karas telah berjaya menghasilkan minuman herbal Teh Karas. Penulis belum lagi berkesemptatan untuk mencuba minuman herbal ini yang dikatakan baik untuk kesihatan.           

Pokok Karas

 
Pokok karas

Berdiri disebelah pokok karas



Sumber rujukan: Wikipedia Bahasa Melayu.


Mee Rebus Nasmir & Old Town

Selepas membeli barangan dapur di Tesco Ipoh kami singgah di Restoran Nasmir untuk segelas teh tarik dan mee rebus. Untuk AFarhan malam ini cuma sekeping roti telor dan katanya dia masih kenyang. Minggu lepas dua keping habis dimakannya. Hwani dan emaknya seperti biasa roti nan dan tandoori.
  
Roti telor dengan kuah ikan & dhal

Roti Nan dan Tandoori

Mee Rebus Nasmir dan teh tarik


Tengah hari Khamis minggu lepas ops support bertemu di Old Town 1st Avenue Penang sebagai menghargai sumbangan anggota yang bertungkus lumus sepanjang tahun. Dalam banyak-banyak menu yang disenaraikan mee rebus juga yang dipesan. Sekali sekala takpa le...
      
Mee Rebus Old Town dan teh


Tuesday, May 1, 2012

Zam Dalam Kenangan 2

Hari ini genap empat bulan kembalinya Zam ke rahmatullah. Marilah sama-sama kita sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah untuknya serta sekalian muslimin dan muslimat mudah-mudahan roh mereka sentiasa dicucuri rahmat keampunan serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, insyaAllah. Al-Fatihah.




Semasa penulis mengemas album nostalgia terjumpa gambar Allahyarham Zam pada dua peristiwa penting iaitu hari pertunangan penulis pada tahun 1977 dan pada hari perkahwinan tahun 1978. Penulis paparkan gambar dibawah untuk tatapan saudara mara. 

Zam berdiri sebelah kiri bersama adiknya Ramli pada hari pertunangan penulis

Zam berjalan dihadapan sebelah kiri pada hari perkahwinan penulis


Tengah hari tadi diadakan kenduri tahlil dirumah Allahyarham di Perlop 1. Ramai juga saudara mara, rakan taulan dan jiran-jiran beliau datang, Turut bersama ialah Ketua Kampung dan ahli-ahli khariah.     

Rumah Zam di Perlop1

Tok Ketua berbual bersama rakan taulan 


Kakak yang sulong (bertudung ungu dan bercermin mata)
  
Hidangan ala kadar

Rakan karib Tajul

psst...hidangan istimewa gulai umbut kelapa...sedap!.
  

Sunday, April 29, 2012

Padang Brown Mee Rebus & Celop-celo

Kemarin pergi melawat Mdm LCTai yang menjalani pembedahan untuk memasang "pace maker" bagi menstabilkan denyutan jantung beliau. Minggu lepas tiga kali beliau pengsan ditempat kerja. Pembedahan selamat dijalankan dan setibanya kami di GMC kelihatannya beliau sedang mengambil makanan ringan. Menurut beliau, analisa menunjukan denyutan jantungnya menjadi semakin lemah dan terhenti beberapa saat, katanya "serupa orang m*** hidup balik ohh..".     

Gleneagles Penang

Photo hiasan: makan-makan diDome

Kami beredar dari GMC dan singgah di Padang Brown atau Padang Dato Keramat. Pernah diberitahu oleh rakan terdapat mee rebus yang sedap disini. Hari ini sampailah hajat untuk merasa keenakan mee rebus Padang Brown.  

Mee rebus dan teh tarik

Celop-celo juga ada disini, penuh satu meja

psst...kalau makan celop-celo tu kena hati-hati ye...kalau tidak nanti over budget pulak.  

Monday, April 23, 2012

Markisa 2

Pokok Markisa juga dikenali dengan nama buah susu atau passion fruit merupakan pokok yang menyalar untuk mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa masam-manis, biasanya dimakan mentah begitu saja atau dibuat jus minuman. 

Buah markisa yang ditanam ini berwarna ungu (Passiflora edulis sim) manakala yang satu lagi kulitnya berwarna kuning (Passiflora edulis f. flvicarpa) sesuai untuk penghasilan jusPulpa markisa boleh dibuat jem, agar-agar, campuran perasa untuk yoghurt an aiskrim. Jus markisa kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin dan ribiflavin. Kegunaan lain boleh rujuk di-sini dan  juga disini.


Bunga markisa cantik berwarna ungu





MRumaizi sedang berehat (30/4/12) 

psst...kata orang lama buah markisa bagus untuk mereka yang mengidap penyakit kencing tak lawas. Kita berusaha dan mencuba insyaAllah dengan izinNya ia menjadi. 


Sunday, April 15, 2012

TM Goes Green

Disepanjang jalan dari Sg. Siput menuju Perkampungan Temin, Trosor dan Dato Sagor nampaknya bendera UMNO dan BN berkibar megah, terpacak diatas tiang-tiang TM. Tetapi yang mencuri perhatian penulis ialah rimbunan hijau yang hidup subur diatas tiang.

Teringat penulis akan kempen alam sekitar TM Goes Green BumiKu pada tahun 2010 oleh TM. Kempen yang diberi nama "BumiKu Green Week", menganjurkan berbagai aktiviti diadakan sepanjang minggu dan berakhir dengan penanaman 105 pokok disekitar pejabat TM seluruh negara. Pengerusi TM Dato Dr Halim Shafie juga mengistiharkan hari Jumaat adalah "Green Day" untuk TM.

Tiang TM di Bandaraya Georgetown

Psst...mungkin agaknya penyelenggaraan diluar bandar kurang diberi perhatian tetapi dekat dengan pejabat TM pun tak kan terlepas pandang kot...