Saturday, August 20, 2011

Bayaran upah meningkat

Khamis bercuti rehat, membawa kereta ke bengkel untuk servis. Tukar minyak enjin, spark plug, oil filter, dan lain-lain yang perlu. Awal tahun upah untuk servis biasa sekitar RM10 atau RM15, tetapi semalam upah yang dikenakan RM25.



Juga ambil kesempatan membaiki tingkat kereta bahagian belakang, Nama sahaja waja tetapi komponen nya rapuh. Dulu pernah tukar dengan tingkap plastik lebih kurang RM75 siap dipasang. Semalam tukar yang besi kot boleh tahan dan upah pasang saja RM35 dan bagi kita tak tahu ni terpaksalah bayar,.

Tiba dirumah isteri nak buat pengat pisang. Kelapanya ada tapi kukurnya dah berkarat, dah lama tak kukur kelapa. Zaman sekarang semuanya ambil mudah, beli saja yang dah siap diparut. Suatu masa nanti anak-anak nak kukur kelapa pun tak tahu. Terpaksalah juga minta bantuan pembantu kedai untuk parut kelapa. Beberapa bulan lalu upahnya 10 sen saja tetapi hari ini dah naik 30 sen sebiji.

No comments:

Post a Comment