Wednesday, February 1, 2012

ZAM DALAM KENANGAN

Hari ini genap sebulan pulangnya ke rahmatullah adik Mohamad Isa atau nama timangannya Zam. Zam meninggal dunia dalam kemalangan motosikal yang meragut nyawa pada malam tahun baru 2012, semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Ipoh ke rumahnya di Perlop 1, Sungai Siput. Sesungguhnya seluruh keluarga, rakan dan taulan turut merasai kesedihan atas pemergian Allahyarham.

Marilah sama-sama kita mendoakan keampunan Allah SWT dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.


Kehidupan di pendalaman seperti di Perlop 1 (penempatan baru) bukannya senang. Tanah yang dijanjikan untuk perladangan masih tidak nampak penyelesaian. Kalau tak silap penulis telah lebih 4 tahun Allahyarham menetap dipenempatan baru, tiada sumber pendapatan tetap untuk menyara keluarga. Allahyarham seorang yang rajin mecari rezeki. Tanah tanah terbiar diusaha, sepanjang tepi jalan berhampiran penemptan ditanam pokok-pokok pisang Abu. Pokok pisangnya dijaga rapi dan dapat jugalah sedikit rezeki untuk menampung perbelanjaan anak-anak. Dalam keadaan kesusahan raayat ini habis pokok-pokok pisang dijentolakan oleh pihak tertentu, tanpa belas kasihan pokok pisang abu menyembah bumi. "Maaf encik kami menjalankan tugas". Inilah cerita diantara perbualan semasa bertemu dengan penulis dalam suatu majlis kenduri sebelum Allahyarham kembali kepada yang maha esa.

Minatnya dalam IT semenjak Allahyarham Mohamad Isa menjadi anggota tentera.Blog Pisang Abu tinggal kenangan...

Membantu menanam kelapa sawit di Kg. Dato Sagor.



No comments:

Post a Comment