Saturday, March 3, 2012

Bersama Rakan 3

Pada 18 Mac 2012 (Ahad) akan berlangsung Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Manjoi. Semua ahli adalah dikehendaki hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ahli dalam PBTM. Hei... nasbadar ni ahli PBTM ke? bila masa pula dia berkhidmat dalam tentera?

Sebenarnya nasbadar adalah bekas anggota pasukan Rejimen Semboyan Diraja Pakar Telekom (AW). Ditempatkan di Skn ke-17 yang berpangkalan di Taiping sejak 7 Mac 1980 hingga tamat berkhidmat pada 6 Mac 1997. Memakai No: 162062 mula menjalani latihan rekrut di Kem 13 Melayu Kluang, Johor.

Bersama rakan-rakan antaranya Kpl Hamzah (3 dari kanan) dan L/Kpl Affandi (2 dari kiri)

Latihan tahunan diadakan setiap tahun selama 2 minggu dan antara kem yang pernah dilawati ialah kem Trendak, kem Majidi, kem Pangkalan TLDM Kuantan, kem komando Port Dickson, Markas Stesen Staff Batu Feringgi, KLT Trengganu dan Taiping. Latihan-latihan yang dihadiri dengan penuh bersemangat, berdisiplin dan dedikasi. Dalam masa yang singkat nasbadar telah pun memakai SSjn.

Selepas siri latihan tahunan terakhir di KLT Taiping yang di sertai, entah mengapa minat dan semangat nasbadar pudar dan terus mengubah haluan pula dengan menumpukan kepada meningkatkan pengajian akademi.

Latihan kawat senjata

Latihan hormat senjata

No comments:

Post a Comment