Saturday, July 7, 2012

PATONGKO

Patongko atau patongkoh dikenali di Thailand dan penulis lebih mengenalinya sebagai kueh Cakoi, doh yang panjang, berwarna keemasan apabila siap dimasak. Patongko digoreng menggunakan banyak minyak dan kebiasaan ianya dimakan ketika sarapan bersama bubur kanji atau dicicah saja dengan kopi o.    
  
Kueh Patongko atau Cakoi

Sekira anda melalui Jalan Hutton, dihadapan Hutton Lodge pastinya anda menemui gerai Patongko. Kebetulan penulis bercuti hari ini, selepas solat Jumaat tadi singgah digerai tersebut. Menurut Encik Abd. Latiff, biasanya gerai beliau dibuka sehingga pukul 4:00 petang pada hari biasa, dilanjutkan sehingga jam 6:00 petang pada hari Sabtu. Gerai beliau akan ditutup dalam bulan Ramadhan ni. 

Gerai Jalan Hutton

Menurut beliau perniagaan generasi ini diwarisi dari bapanya. Gerai patongko ini dimulakan oleh datuknya. Dulu katanya ramai orang dikawasan ini. Dihadapan gerainya dulu adalah flat yang penghuninya lebih kurang 400 orang. Sekarang flat ini telah diubahsuai oleh majlis menjadi tempat letak kereta.  

En. Abd Latiff dengan adunan Patongko

Patongko dengan seri kaya
Sedap dimakan dengan seri kaya


No comments:

Post a Comment