Friday, March 16, 2012

Komtar Rioh Lagi

Petang tadi Komtar bergegar lagi, rioh rendah dengan muzik, lagu, sorakan dan hon kenderaan, yang selalunya tanda sokongan. Kebetulan nasbadar lalu dibawah Komtar kelihatan anggota-anggota Maybank sedang berpiket. Memegang poster dan kain rentang. Apalah agaknya isu yang membuatkan mereka tak berpuas hati sehinggakan mereka keluar beramai-ramai menunjukan perasaan kepada orang awam.


Ps: Teringat beberapa tahun dulu semasa itu syarikat Tiem tempat nasbadar bekerja diteraju individu no 1, kami juga berpiket kerana tempat kami bertugas hendak ditutup, kononnya atas kepentingan perniagaan. Kecewa, berbagai-bagai rayuan ditolak dan akhirnya tempat bertugas di Ipoh ditutup. Maka ujudlah pusat panggilan di Level 58 Komtar. Anggota yang tiada pilihan terpaksa berpindah ke P. Pinang, sebahagian ke Taiping dan K. Lumpur, dan yang menyedihkan ada yang terpaksa berhenti kerja.

Ada yang terpaksa berjauhan dengan suami/isteri dan anak-anak. Kos kehidupan bertambah kerana dapor dah menjadi dua. Wang ringgit yang sepatutnya untuk perbelanjaan keluarga, digunakan untuk membayar rumah sewa, minyak kereta dan tol atau tambang bas untuk menjengok keluarga dihujung minggu. Syukur alhamdulillah, enam tahun telah berlalu, tidak dinafikan masih ianya beroperasi, ribuan anak muda telah menimba pengalaman, pengurusan bertukar ganti, tapi kelihatannya terbantut dan seperti diabaikan.??

No comments:

Post a Comment