Menjelang Bulan Ramadhan yang mulia banyak diadakan kenduri tahlil dan doa selamat, serta aktiviti gotong royong di masjid dan surau. Tidak ketinggalan pagi tadi berlangsungnya gotong royong membersihkan kawasan Surau Al-Ittihadiah Taman Che Wan. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dariNya.
Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga kita semua sihat-sihat, hendaknya ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas dan moga diterima serta diberkati oleh Allah SWT. Amin!
Surau Al-Ittihadiah mendapat atap baru dan ruang solat muslimah yang lebih selesa |
No comments:
Post a Comment