Wednesday, December 30, 2009

Ladang Sawit

Kerja-kerja penyediaan tapak mula diusahakan pada bulan Julai 2009, banyak juga perbelanjaan dikeluarkan kerana kawasan ini berpaya dan berbukit. Anak sawit mula ditanam pada 22/8/2009 (1 Ramadhan 1430). Gara-gara ingin mempunyai ladang sawit maka tanah ini dibeli atas cadangan seorang kawan. Kawasan lain yang ditunjuk tetapi lain pula yang dapat, tiada pengalaman dalam urusan jual beli tanah. Keadaan muka-bumi yang berbukit dan berpaya serta sukar dipercaya diperingkat awal.

Sebahagian kawasan ini telah diterokai oleh ladang bersebelahan. Entah berapa tahun hasil telah dikutip tanpa pengetahuan tuan tanah. Ada kira-kira 40 pokok sawit dalam proses pengambilan semula.

2 comments:

  1. Tahniah En Bada, suatu keberanian yang tinggi. Kebun saya tak usahkan rimau, gajah pun tak nampak sebab semaknya.

    Saya doakan semoga berjaya dalam usaha baru mengisi masa lapang.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Usaha kecil-kecilan. Aktiviti yang mengeluakan peluh dan tak kurang juga memenatkan badan

    ReplyDelete