Sunday, June 3, 2012

Selesai Satu Episod

Satu hari berlalu meninggalkan 2 Jun 2012, selesai sudah acara pertunangan anak perempuan nasbadar, Nur Durrah. Acara berlangsung secara sederhana dihadiri keluarga terdekat, sahabat dan jiran-jiran tertangga. Pihak lelaki sampai jam 11:45 pagi dari Segamat, terdiri dari bapa saudara kepada Mohd Syahrir, ibu serta adik beradik. 

Acara didahulukan dengan merisik dan  diikuti dengan acara meminang. Alhamdulillah, perundingan berjalan lancar diantara kedua-dua pihak, seperti biasalah wang hantaran, mas kahwin atau belanja tubuh, tempuh pertunangan ditetapkan. Pihak tuan rumah diwakili abang ipar cikgu Kamaruzaman, bapa saudara En. Osman dan Pak Ngah. Setelah selesai termenterinya pertunangan, Pak Ngah membacakan doa selamat dan semua hadirin disajikan makanan tengah hari alakadar. 

Selesailah satu episod perjalanan hidup sementara dan akan menyusul satu lagi episod yang lain, dengan iziNya. Nasbadar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sanak saudara kedua-dua pihak, sahabat handar dan jiran tertangga kerana kesudian menghadiri majlis pertunangan ini.

Psst... pesanan jagalah pertuturan jangan sembarangan, jangan ikutkan hati yang hitam, insyaAllah selamat.      

No comments:

Post a Comment