Sunday, February 10, 2013

Sungut PakTani - Harga Sawit Rendah

Assalammualaikum wbt, seminggu berlalu bertukar rutin harian, berjalan kaki dari Jalan Kedah ke Komtar, berkerja dipejabat berhawa dingin kepada menjadi seorang peladang sepenuh masa. Terasa penat laa pulak. Kemarin dalam perjalanan ke kebun singgah di sebuah gerai makan. Sambil pembantu kedai membungkus makanan, duduk sebentar bersembang dengan tiga-empat orang pelanggan, kebetulan mereka juga perkebun kecil sawit.

"Teman dah serahkan balik 2 lot kepada tuan asal, biar diaorang uruskan sendiri" Rungut Hj. Mior (bukan nama sebenar). Katanya lagi, dah empat bulan dia terpaksa keluar duit poket sendiri untuk menampung perbelanjaan mengurus ladang. Mengeluh   Hj. Mior, "Tak tahan wehh...biar dia orang rasa pulak, dulu bila teman lambat sikit bagi duit sawit mereka bising".  

Pak Mail (bukan nama sebenar) turut berkongsi masaalah dengan hasil ladang sawitnya. Dulu 10 ekar senang-senang boleh dapat empat tan. Sekarang harga pun rendah dan buah pulak kurang. Minggu lepas potong dapat satu setengah tan saja. Dengan harga RM410 setan, tak cukup untuk beli baja, rungut Pak Mail.       

Memng benar, sawit memerlukan pembajaan yang secukupnya setiap 4 bulan (mengikut jenis baja) bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Inilah yang menjadi masaalah pekebun kecil sejak beberapa bulan ini. Yang mengherankan harga buah murah tetapi harga minyak masak dipasar masih mahal. 

Macam ini ok kot
MRumaizi  semasa sihat
MRumaizi semasa sihat 

No comments:

Post a Comment