Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum wbt,


Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kaum keluarga, rakan taulan dan pengunjung blog ini. Saya juga memohon maaf diatas kegagalan untuk update laman ini yang pastinya mengecewakan pengunjung. Lama sungguh saya tak ke-laman ini. Kekawan semua apa khabar? semoga semuanya sejahtera hendakNya. InsyaAllah, lepas raya ini saya akan cuba sedaya upaya meluangkan sedikit masa untuk terus menulis. 

Cenderahati untuk AFarhan penyertaan
Pertandingan Takbir Raya Sempena Ihya 'Ramadhan 1435 

 Salam Aidilfitri...sehingga berjumpa lagi...

Monday, September 16, 2013

16 September 2013

Assalammualaikum wbt.

Selamat Hari Malaysia ke-50 kepada semua rakyat Malaysia, semoga kita semua akan terus hidup dalam keharmonian dan kemakmuran, disamping terus berusaha dan bekerja dengan lebih gigih dan ikhlas. 

Bagi nasbadar & Shimah hari ini juga merupakan hari ulang tahun ke-35 perkahwinan kami. Terima kasih kepada anak-anak yang sudi memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan kami. InsyaAllah.

Kad ucapan dari A. Farhan yang kreatif 

Mengimbau kembali nostalgia tanggal 16hb September 1978 pada hari bersejarah persandingan kami di Kampong Changkat Larang.

Diapit oleh sdr. Mohd Yusof (ustaz) 
Bersanding di halaman rumah
Bergambar dengan anak-anak saudara.
    

Sunday, September 8, 2013

Sungut PakTani - Anak Kecil Main Api

Assalammualaikum wbt.

Orang kita masih memperjuangkan perkara remeh temeh sedangkan orang lain sibuk mempersiapkan diri dengan agenda yang lebih besar. Persekitaran ekonomi orang kita sangat jauh ketinggalan, kira le berapa buah kedai orang kita di pekan-pekan besar. "Kosong, kosong, kosong" kata najwa.

Harga runcit sawit masih lagi rendah, kemarin jual rm440/ton, orang kita tiada pilihan, terima sahaja harga yang ditetap oleh orang lain. "Itu hari harga minyak naik, harga sawit naik rm460, ini hari sudah turun" kata nyoya tu. Nak jual kepada orang kita bukan tak bolih tetapi cuma ada penimbang dan pondok kosong. Tapi yang herannya, orang lain boleh buka dua pusat pembeli sawit di Pulau Kemiri dan Pulau Mentimun. Belum reda pasal harga sawit, kini kita dihempap lagi dengan harga minyak yang melambung. Tak lama lagi tu pasti harga baja akan naik.
    
Lirik Anak Kecil Main Api ini disedut dari MyMassa.





Friday, August 30, 2013

Selamat Hari Kemerdekaan ke-56

Assalaammualaikum wbt,

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 kepada seluruh warga Malaysia. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, kerana kita masih diberi kesempatan mengibarkan Jalur Gemilang. Semarakan lah kembali Hari Kebangsaan dalam suasana perpaduan dan keharmonian tanpa mengira apa jua fahaman ideologi politik kita. 


bendera malaysia gif Pictures, Images and Photos


Ya Allah, kami mohon pertolongan Mu, 
Selamatkan Malaysia!



Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalaammualaikum wbt,


Kepada pengunjung laman ini, kaum keluarga, jiran tertangga dan semua kenalan, nasbadar ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon Maaf  Zahir dan Batin.




Sunday, July 7, 2013

Salam Ramadhan

Menjelang Bulan Ramadhan yang mulia banyak diadakan kenduri tahlil dan doa selamat, serta aktiviti gotong royong di masjid dan surau. Tidak ketinggalan pagi tadi berlangsungnya gotong royong membersihkan kawasan Surau Al-Ittihadiah Taman Che Wan. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dariNya.

Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga kita semua sihat-sihat, hendaknya ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas dan moga diterima serta diberkati oleh Allah SWT. Amin!

Surau Al-Ittihadiah mendapat atap baru dan ruang solat muslimah yang lebih selesa

Sungut PakTani - Harga Getah Buku RM3

Kemarin penulis singgah dikebun getah yang dah agak lama tidak dilawati, meninjau kot-kot ada buah rambutan. Maklumlah sekarang ni musim buah2an, tetapi hampa kerana pokok rambutan tidak berbuah. Sebaliknya kelihatannya semak samun tumbuh subur di lorong pokok. Pokok getah yang cukup saiz telah dibuka. Terima kasih diucapkan kepada En.Tar kerana usaha beliau membuka pokok getah walaupun dalam keadaan semak samun. Pembersihan harus segera dilakukan. 

Sebelum memulakan pembersihan kebun (bukan tujuan asal) sempat berbual dengan En. Ahmad (bukan nama sebenar), jiran dikebun sebelah yang menoreh bersama adik beliau yang telah bersara. Menurut beliau semasa harga getah buku lebih RM7 s/kg. dapatlah kami bernafas dan hidup selesa sikit. Selama setahun harga getah tinggi dapat juga kami membeli baja untuk pokok-pokok tua ni. Pokok getah tua ni perlu juga dibaja. Sekarang harga tak lebih dari RM3 sekadar cukup untuk sara hidup saja. Penulis lontarkan pertanyaan yang Risda ada beri bantuan baja untuk pokok tua? kami ada memohon tetapi tak dapat, sungut En. Ahmad...    







Monday, July 1, 2013

Sungut PakTani - Pisang dan Bahana Serangan Bakteria?

Penyakit yang menyerang tanaman pisang tiada ubat? Inilah bahana Penyakit Moko Pisang yang menyerang kebun di Kg. Dato Sagor. Dikatakan Penyakit Moko Pisang ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang saintifiknya adalah Ralstonia Solanacearum E. Yabuuchi. Bakteria ini mudah merebak dalam sisa makanan, bahan tanaman, air yang tercemar dan bahan-bahan lain seperti kayu, baja dan tahi ayam.

Bagi petani kecil dalam keadaan harga sawit yang rendah kita mengharapkan pendapatan daripada tanaman pisang untuk menampung sara hidup. Begitulah ketentuanNya, hanya dapat melihat kemusnahan pokok pisang dikebun. Tidak berupaya untuk berbuat apa-apa kecuali menebangnya.

Fenomena dimana pokok pisang kelihatan seakan-akan layu kekurangan air atau melecur panas terik matahari. Penyebaran penyakit melalui tanah dan bakteria ini menyerang akar dan umbisi, yang menyebabkan daun tua menjadi kekuningan, mula layu dan kering langlai. Tanda-tanda kemudiannya kelihatan daun muda bertukar warna menjadi hijau muda dan kadang-kadang keputihan sebelum daunnya menjadi kering. Jantung pisang mengecut dan kering. Pembesaran buah pisang terbantut dan isinya kehitaman jika dipotong.

Daun muda kekuningan dan layu
Buah pisang dipotong kehitaman 
Pisang Abu yang diserang bakteria
Buah kehitaman dan reput
Daun muda kekuningan 
Pembesaran buah terencat
Jantung mengecup dan kekeringan

Psst..takde ke bantuan dari jabatan berkaitan untuk menampung kos seperti yang diberi oleh Risda kepada pekebun kecil getah.

Sunday, February 10, 2013

Sungut PakTani - Harga Sawit Rendah

Assalammualaikum wbt, seminggu berlalu bertukar rutin harian, berjalan kaki dari Jalan Kedah ke Komtar, berkerja dipejabat berhawa dingin kepada menjadi seorang peladang sepenuh masa. Terasa penat laa pulak. Kemarin dalam perjalanan ke kebun singgah di sebuah gerai makan. Sambil pembantu kedai membungkus makanan, duduk sebentar bersembang dengan tiga-empat orang pelanggan, kebetulan mereka juga perkebun kecil sawit.

"Teman dah serahkan balik 2 lot kepada tuan asal, biar diaorang uruskan sendiri" Rungut Hj. Mior (bukan nama sebenar). Katanya lagi, dah empat bulan dia terpaksa keluar duit poket sendiri untuk menampung perbelanjaan mengurus ladang. Mengeluh   Hj. Mior, "Tak tahan wehh...biar dia orang rasa pulak, dulu bila teman lambat sikit bagi duit sawit mereka bising".  

Pak Mail (bukan nama sebenar) turut berkongsi masaalah dengan hasil ladang sawitnya. Dulu 10 ekar senang-senang boleh dapat empat tan. Sekarang harga pun rendah dan buah pulak kurang. Minggu lepas potong dapat satu setengah tan saja. Dengan harga RM410 setan, tak cukup untuk beli baja, rungut Pak Mail.       

Memng benar, sawit memerlukan pembajaan yang secukupnya setiap 4 bulan (mengikut jenis baja) bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Inilah yang menjadi masaalah pekebun kecil sejak beberapa bulan ini. Yang mengherankan harga buah murah tetapi harga minyak masak dipasar masih mahal. 

Macam ini ok kot
MRumaizi  semasa sihat
MRumaizi semasa sihat 

Friday, February 1, 2013

Tinggal Kenangan

Hari ini nasbadar menjadi pesara sepenuh masa setelah 40 tahun 3 bulan berkerja, tersangat lama mengabdikan diri dengan syarikat telekommunikasi mencari rezeki. Mula bertugas pada 16hb Oktober 1972 di Jalan Cockman. Berlegar-legar di sekitar Lembah Kinta, Kledang dan Jalan Tasek, dan berakhir di puncak Komtar P. Pinang.   

Jln Cockman
Komtar

Anda semua telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, komitmen yang tinggi dan telah menunjukkan kebolihan yang setanding, malah lebih baik dengan rakan-rakan di centre lain. Rasa sedih juga meninggalkan anda semua bertugas sendirian, apakan daya kita cuma merancang tetapi Allah yang menentukan. Mudah2an anda semua dapat menjalankan tugas dengan gembira tanpa tekanan.    
MilaLissMizaMidah

Kepada Muda, Khu dan rakan-rakan TL, terima kasih atas kerjasama anda semua sepanjang tempuh perkhidmatan di Komtar. Anda semua mampu berjaya dengan sedikit bimbingan.

Muda yang kreatif
Terima Kasih semua!!!
  

Sunday, January 6, 2013

Sungut PakTani - Tanggungjawab Penduduk atau MBI?

Rakan penulis memberitahu, beliau jarang-jarang membuka pintu belakang, cuma sekadar menjengguk sahaja melalui tingkap. Nampak juga lah taman bunga dibelakang rumah. Taman bunga semula jadi tumbuh subur ditepi-tepi longkang. Kekadang hati ini berkata2, kalau lah orang kampung tengok mesti mereka berkata, "hee malasnya tuan rumah tu!" 

Rumpai menutup longkang
Pagi tadi kebetulan kontraktor datang membuat kerja-kerja pembaikan dan beliau kesempatan keluar kebelakang rumah dan kelihatan nya semua rumah jiran pun ditumbuhi rumput rumpai dan hidup terbiar. Persoalannya adakah semua penghuni taman ni malas? Adakah tugas pembersihan ni tanggungjawab penduduk?.   
   
Rumpai subur di Taman Perumahan
Penulis percaya semua tuan rumah membayar cukai pintu dan kalau lewat bayar atau tak bayar tentu MBI akan ambil tindakan. Kalau macam itu sepatutnya pihak MBI lebih bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembayar cukai. 
  
Dibelakang rumah orang lain juga ada taman rumpai

Psst: Keadaan seperti ini tak sepatutnya dibiarkan tambahan pula dalam suasana menjelang PRU13.

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013 dari nasbadar. Minta maaf le semenjak beberpa bulan ni tidak update kerana kesibukan tugasan harian serta urusan-urusan penting yang dihadapi diri dan keluarga. InsyaAllah akan cuba untuk update blog ini serajin yang mungkin. Beberapa minit lagi genaplah setahun pemergian adik, Mohd Isa @ Zam akibat kemalanggan jalan raya diawal pagi tahun baru 2012, mangsa lumba haram yang tak kesudahan.

Tanggal 15 November 2012 bersamaan 1 Muharram 1434 (Maal Hijrah) telah kembali kerahmatullah emak tersayang, Hajjah Saadiah Bt. Buyong Nordin. Emak meninggal dunia kerana sakit tua dalam usia 80 tahun (03 November 1932). Semoga keduanya mendapat keredhaan Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Yang amat mengejutkan keluarga adalah musibah yang menimpa anak Md Rumaizi yang disahkan oleh doctor mengidap penyakit buah pinggang. Dalam beberapa minggu ini terpaksa berulang-alik ke HRPB untuk rawatan dan dialysis. Untuk hari-hari yang mendatang mohon kehadrat Allah Subhannahuta'ala moga kami sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah.  

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Kemerdekaan


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat semua. Siang tadi kita hidup aman, esok, lusa dan seterusnya tidak pasti damai. Ingatlah wahai anak bangsa, negara yang aman makmur yang telah dibina sejak 55 tahun jangan dibiarkan musnah oleh segelintir manusia yang kecewa, dendam yang membara dan penghianat bangsa yang dihasut olih anasir-anasir jahat yang ingin menguasai bumi bertuah ini.  


bendera malaysia gif Pictures, Images and Photos

Ya Allah, kami mohon pertolongan Mu, 
Selamatkan Malaysia!



Kepada yang masih memiliki kuasa yang sedang hanyut mengemudi kapal-kapal dilautan biru, diingatkan jangan lupa daratan. Adakah semua pelusuk daratan  telah jelajahi, betul-betul bertanya kabar atau hanya retorik saja. Adakah semua janji-janji anda telah anda ditepati?



psst: tidak mustahil pisang berbuah dua kali...dengan kehendakNya

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Nasbadar dan Isteri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada emak saya Saadiah Nordin @Nik@Munah, seluruh kaum keluarga, kepada semua umat Islam Malaysia dan pengunjung blog ini khasnya.

.........MAAF ZAHIR BATIN...




Kuah Kacang dah siap dimasak

Kampit Ketupat Nasi sedang direbus

Ketupat Nasi hampir masak
Ketupat Nasi sedang di tos, tunggu sejuk dan
 siap untuk dimakan


Friday, July 27, 2012

BERBUKA PUASA ATAS JAMBATAN

Setiap petang Jumaat, seperti minggu-minggu yang lepas penulis berangkat ke selatan. Hari ini sekali lagi penulis terperangkap dalam kesesakan di Jambatan Pulai Pinang. Dari Lebuhraya Jelutong untuk sampai ke R&R Juru hampir dua jam, ingatkan sempat sampai ke Juru untuk berbuka puasa tetapi jangkaan meleset dan terpaksa berbuka sekali lagi diatas Jambatan Pulau Pinang. Entah kali keberapa semenjak 2006 penulis berulang alik dari P. Pinang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Dulu Jambatan P. Pinang cuma ada dua lorong tetapi sekarang dah ada tiga lorong, ingatkan dah 3 lorong masaalah selesai tetapi tidak, sama macam dulu jugak. Minggu depan siap-sedia le dengan kueh dan minuman dalam kereta untuk berbuka puasa diatas Jambatan Pulau Pinang sementara sampai ke R&R.
   

Saturday, July 7, 2012

PATONGKO

Patongko atau patongkoh dikenali di Thailand dan penulis lebih mengenalinya sebagai kueh Cakoi, doh yang panjang, berwarna keemasan apabila siap dimasak. Patongko digoreng menggunakan banyak minyak dan kebiasaan ianya dimakan ketika sarapan bersama bubur kanji atau dicicah saja dengan kopi o.    
  
Kueh Patongko atau Cakoi

Sekira anda melalui Jalan Hutton, dihadapan Hutton Lodge pastinya anda menemui gerai Patongko. Kebetulan penulis bercuti hari ini, selepas solat Jumaat tadi singgah digerai tersebut. Menurut Encik Abd. Latiff, biasanya gerai beliau dibuka sehingga pukul 4:00 petang pada hari biasa, dilanjutkan sehingga jam 6:00 petang pada hari Sabtu. Gerai beliau akan ditutup dalam bulan Ramadhan ni. 

Gerai Jalan Hutton

Menurut beliau perniagaan generasi ini diwarisi dari bapanya. Gerai patongko ini dimulakan oleh datuknya. Dulu katanya ramai orang dikawasan ini. Dihadapan gerainya dulu adalah flat yang penghuninya lebih kurang 400 orang. Sekarang flat ini telah diubahsuai oleh majlis menjadi tempat letak kereta.  

En. Abd Latiff dengan adunan Patongko

Patongko dengan seri kaya
Sedap dimakan dengan seri kaya


Monday, July 2, 2012

IPOH - Kembali Terang

Minggu lepas penulis bangkitkan kesah IPOH yang malap. Kemarin dalam perjalanan balik dari Penang dari jauh kelihatan IPOH dengan terang dan jelas. Baguslah, bagi penulis sungguh pun benda ni remeh, tapi ia patut diberi perhatian. 

IPOH - 1 July @ 11:41pm
IPOH - 1 July @ 11:41pm
IPOH - 1 July @ 11:43pm

Psst: Image kita tu beb... patut le dijaga dengan baik...   



Sunday, June 24, 2012

IPOH Dulu Terang & Sekarang Malap

Kalau kita melepasi tol Jelapang dari jauh kita nampak landmark IPOH diatas Gunong Lang dengan jelas dan bercahaya. Tapi itu dulu, entah berapa lama dulu dan yang pasti 7 January 2012.

IPOH - 7 January 2010

Malam tadi penulis balik dari Mydin Meru Raya, menyusuri lebuh raya. Nampaknya IPOH tidak lagi bercahaya, kelihatan nya malap. Budak sepuluh tahun pun tahu, dulu terang tapi apasal malam ini tak nampak. Dia orang nak jimat letrik kot atau pun letrik kena potong sebab tak bayar kot.

IPOH - 23 Jun 2011@10:30mlm

Psst: negara lain buat kita pun nak buat, tapi bila dah buat tak pulak nak buat selenggaraan. 


Sunday, June 10, 2012

Dangau 2

Kalau ladang yang tidak terurus maka ada makhluk lain yang menguruskan dan terbinalah dangau-dangau yang unik yang kadang-kala tidak dijangka seperti digambarkan. Rumput-rumput, lalang dan pelepah pisang kering disusun menjadi timbunan dan dibawahnya menjadi tempat pelindungan babi hutan atau kerbau pendek dari panas matahari.

Oleh kerana hendak membersihkan semak samun, walau pun kejam tapi terpaksa dangau ini dimusnahkan.  

Sarang Kerbau Pendek
Terpaksa dimusnahkan
Sarang tempua yang unik dihujung ranting pokok dan tidak menjadi halangan malah kelihatan sungguh cantik dibuai angin.

Sarang Tempua
Sarang Tempua